Menurut sahabat Ibnu
Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir
kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah
mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah
orang yang paling keras hati.”
Rasulullah pernah
menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling
disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk
diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu
adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa
maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang
Maha Besar.’
Selain itu, dalam
riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’
sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski
pun sebanyak buih di lautan.
mohon share ya
ReplyDeleteminta izin kongsi ya
ReplyDeleteAlhamdulillah, atas perkongsian ini.
ReplyDelete